Aku, Dahulu dan Sekarang


Dulu,
aku suka tolong orang,
aku ada kawan,
aku seorang yang periang,
setiap kali datang masalah,
aku mesti luah dengan kawan-kawan.
Dulu,
aku percaya mereka sepenuh hati,
janji akan terus bersama hingga ke mati,
satu demi satu janji kami tepati bersama,
sehingga satu masa...
mereka khianati aku.
Apa yang mereka buat?
mereka fitnah aku,
mereka kutuk belakang aku,
mereka seolah-olah tidak percaya akan aku,
mereka membelakangi aku.
SEDIH?
memang.
kau pernah rasa tak macam mana rasanya hati ini dihiris sedikit demi sedikit oleh kawan sendiri?
macam tu lah aku rasa bila kawan yang aku sayang,
aku percaya,
aku harapkan,
sepenuh hati selama 3 tahun..
tiba-tiba berubah hati
Kini,
aku pindah ke sekolah baru,
dengan hati yang keras membatu,
berjanji tidak akan percaya sesiapa lagi.
ya,
aku pun berubah.
dari seorang yang suka meluah,
aku lebih banyak memendam,
kepercayaan aku terhadap manusia juga hilang.
aku banyak simpan masalah aku sendiri.
aku akui, 
kini,
aku lebih kasar,
berkata-kata tanpa menghiraukan hati mereka yang telah tercalar
mengguriskan hati mereka tanpa berkata "maaf , aku salah"
ego tinggi melangit.
sampaikan aku percaya,
tiada orang yang mampu bertahan lama dengan aku.
aku memang rasa bersalah,
aku memang mahu jadi mcm dahulu,
tapi kisah lama terus menghantui.
rasa sakit masih ada.
walaupun mereka sudah lupa.
aku tak tahu....
aku buntu sebenarnya.
tolong..
tolong aku..

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top